Rezeki Itu Allah Yang Tentukan




Hai semua.

Apa khabar yop? Harapnya semua sihat2 je, insyaAllah.

Okay. 

Hari ni asu nak kongsikan sedikit tentang nasihat dan pesanan yang abah asu beri kelmarin. Kata-kata ni mungkin dapat membuatkan korang semua akan berfikir sejenak untuk mempertimbangkan kewajarannya. Ok, lepas baca, kena fikir tahu ! ^^


* * * * * * *


Suatu petang, mase tengah minum2 bersama mak ngan abah, abah tanya asu :


"Adik rasa, boleh dapat berapa result final exam nanti?"Asu diam 10 saat sebelum menjawab, " Tak tahulah bah""Lorh. Macam mana boleh tak tahu? Mesti lah boleh agak kan?"Asu diam. Tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan.



Bila dah masing-masing dah menyepi, abah cuba untuk menceriakan suasana balik.

Abah cakap, asu tak perlu risau dan susah hati dengan result yang akan keluar nanti sebab segala apa yang kita dapat, semuanya Allah dah tentukan. Walaupun kita dah berusaha sekeras batu di gunung, tapi result kapcai pun, kita perlu, mesti dan wajib bersyukur sebab itu adalah rezeki kita. 


Kemudian, abah buat satu perbandingan.


Cuba bayangkan. Ada 3 orang budak. Si Kurus, Si Sederhana dan Si Gemuk.


3 orang budak tersebut memasuki dalam suatu pertandingan lari pecut 100 meter. Mereka berlari dengan sepenuh jiwa dan raga untuk menamatkan perlumbaan dengan masa yang terpantas. Tapi, seperti yang kita dapat jangka kan, Si Gemuk merupakan yang terakhir malah dia tak dapat habiskan larian sampai ke penamat sebab semput.



Persoalan : Wajarkah kita memarahi Si Gemuk sebab dia kalah?


Ha.
Mestilah TIDAK, kan?
Sebab apa? Sebab, dah rezeki untuk Si Gemuk dah tertulis bahawa Si Gemuk tidak dapat menang. Nak buat macam mana kan? Lagipun, sesuai apa. Badan berat, mesti la payah untuk melawan daya tarikan graviti. Kan? (maafkan Asu kalau ada yang tersinggung)



Situasi seterusnya, pertandingan tarik tali.





Si Gemuk lawan tarik tali dengan Si Kurus. Sudah tentu lah Si Gemuk yang menang kan? Jadi, perlu ke kita marah Si Kurus sebab kalah?


Mesti lah TIDAK, kan?
Sebab, dah rezeki  Si Kurus macam tu. Nak buat macam mana kan? Lagipun, sesuailah dengan keadaan fizikal Si Kurus yang keding tu. Inertia (term in Physics) yang rendah, payah untuk mengekalkan posisi badannya dan susah untuk melawan seseorang yang mempunyai inertia yang tinggi. Betul tak? =)



Kemudian, abah pesan lagi.


Abah cakap, kegemilangan tanpa agama, itu bukan kejayaan.

Seperti seorang ibu yang mengajar anaknya pelajaran Matematik sampai terkenal seluruh dunia hingga mengabaikan pendidikan agama untuk anaknya. Memang anaknya cemerlang Matematik, tapi dia tidak berjaya lagi. Dia belum berjaya dalam subjek yang lain apatah lagi bekalan Akhirat.


Masih ingat tak korang dengan zaman Rasulullah dahulu kala?

Ketika umat Islam berperang dengan orang kafir dalam bulan Ramadan ketika perut masing-masing lapar dan dahaga. Tapi, mereka masih boleh mengalahkan tentera musuh yang berlipat kali ganda ramainya berbanding dengan tentera Islam itu sendiri.






Sebab apa?
Sebab masa tu, tentera Islam sentiasa ingat kepada Allah. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.


Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menumpaskan pihak musuh sambil bertawakal semoga Allah permudahkan lagi urusan mereka. Akhirnya, berjaya juga usaha mereka tu kan? Begitulah hebatnya kuasa Allah keatas makhluknya. Setiap sesuatu tidak mustahil untuk berlaku andaikata Allah kata "Kun Fayakun". Jadi, maka jadilah ! 







Kesimpulannya, setiap sesuatu Allah dah tentukan rezekinya sejak di Luh Mahfuz lagi. Tapi, kita masih boleh ubah asalkan kita berusaha dan bertawakal kepada-Nya. Setiap sesuatu perlu berlandaskan agama jika nak berjaya. 


Seperti seketul batu. Jika dibuat masjid, ia akan dimuliakan di syurga nanti. Tetapi jika tidak, ia akan menjadi batu yang hina.



Tak kiralah siapa pun kita, agama apa pun kita, buatlah dengan niat agama kamu. InsyaAllah, akan ada hasil yang bermanfaat. 




From author :
Kalau betul-betul kita berkehendakkan sesuatu, mesti perlu ada usaha dan tawakal selepas dah berusaha. Kalau kita berkehendakkan keadilan dalam negara, kita perlu ada usaha menentang kebatilan dan berdoa agar keadilan berada di pihak yang benar.

Thanks for reading !

7 00 orang doakan Cik Ummi kahwin cepat !:

Lysa said...

Serius suka entri ni :) Mengingatkn kita semua yg kalau niat kerana Allah,mesti dipermudahkan.Masa sekolah dulu,pernah Lisa tanya kt ustazah.'kalau orang tu Allah dah tetapkan dia akan gagal nanti,kenapa dia perlu berusaha sedangkn Allah dah tetapkn yg dia akan gagal jugak nanti?' Then ustazah jawab 'Kita boleh ubah nasib kita. Kalau kita dah usaha,Allah pasti beri kejayaan pada kita'.

Eh komen panjang pulak :)

Cik Ummi said...

Elysa Sofia :

Terima kasih :)
Yup,btul jgk apa yg ustazah awk ckp tu..nasib kita boleh diubah,dgn izin Allah,insyaAllah..

p/s: alahai,komen panjang2 lagi pun xpe :)

Cik Ummi said...

Hamzah ian :

Hoyeah?

Gimme five dong ! haha

aizamia3 said...

kita berusaha Allah yang tentukan.. 'kun fayakun'

Cik Ummi said...

aizamia3 :

=)
Kalau dah berusaha tapi xdpt,bersyukur je la dengan ape yg ade ek

Cik Ummi said...

iqbal :

eh, sudah semestinyalah utk posing jer..hehe..
dah try jgk nak main tp xde bakat la..fedap teruih..
taknak lah gitar byk2. xsyok. asu nak bli camera dslr :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved